Warong Pak Hamid

Warong Pak Hamid

PENGELUAR TENAGA KEPAKARAN

PENGELUAR TENAGA  KEPAKARAN

Tuesday, August 12, 2008

MEMBUKA WARONG KOPI





MEMBUKA WARONG KOPI

Kita buka cerita tentang Pak Hamid. Dia pandai memasak dan kalau kenduri dialah tukang masak.

Sekarang dia hendak membuka warong kopi. Warong itu dia menyewa, kenalah dia bayar sewa RM300.00 sebulan.

Tapi dia pandai. Dia hanya berusaha menjual minuman. Satu sudut warungnya dia sewakan kepada Pak Halim untuk menjual makanan saperti nasi lemak dan kueh mueh dengan sewa RM10.00 sehari.

OK. Untuk memulakan perniagaan kedai kopi apakah yang Pak Hamid perlu sediakan. Senarainya adalah seperti berikut:-

1. Teh

2. Kopi

3. Gula

4. Susu

5. Milo

6. Horlicks

7. Kopi premix

8. Roti

9. Kaya

10. Marjerin

11. Jam

12. Sudu

13. Cawan

14. Gelas

15. Kerusi

16. Meja

17. Dapor

18. Balang gas

19. Periok masak

20. Kole

21. Tapis

22. Tissue paper

Cukuplah buat sekarang. Kalau perlu barang lain boleh Pak Hamid beli kemudian.

Sekarang dia boleh mulakan perniagaannya.

Pak Hamid membeli barangan berikut :-


Klik untuk besarkan. Klik sekali lagi kalau tak berjaya




Nampak gayanya Pak Hamid kena ada modal tak kurang dari RM7,000.00 untuk selesa berniaga. Ini ialah kerana api letrik kena bayar, air kena bayar, minyak kereta kena bayar, upah kena bayar.

Baiklah. Duitnya ada, tempatnya ada, yang lain-lainnya pun ada. Pak Hamid boleh mulakan perniagaan warong kopinya.

Selepas membuat belian di atas harta perniagaan Pak Hamid ialah:-

Klik untuk besarkan






Jumlah wang yang telah dibelanjakan setakat ini ialah RM4,337.63.

Tapi Pak Hamid kena ada wang tunai supaya mudah dia berurusniaga nanti. Tadi dikatakan modal perniagaan ialah RM7,000.00. Jadi pak Hamid boleh gunakan baki RM2,662.37 dalam bentuk wang tunai untuk bayar sewa, api, air dan sebagainya.

Kalau ikut kiraan kita tadi berikut adalah akaun permulaan perniagaan Pak Hamid:-


Klik untuk besarkan

** Tissu paper dianggap lupus




Sekarang PaK Hamid boleh mulakan perniagaannya dan melantik kita InshaAllah, menjadi juru akaunnya.

Kami boleh terima lantikan tersebut dengan syarat semua urusniaga lengkap dengan dokumennya.

Akan datang . . .. Merekod perniagaan Pak Hamid.

SELAMAT BERJAYA PAK HAMID WARONG KOPI


Selepas seminggu beniaga Pak Hamid cuba nak mengira untung perniagaannya. Beliau menggira saperti berikut:-







"Aku dah dapat untung RM343 untuk seminggu ni" kata Pak Hamid. "Macam ini sebulan aku boleh dapat dekat RM1,400.00. Kerja dari 8.00 pagi hingga 11.00 pagi je.

"Petang aku boleh buat kerja lain atau relax".

Begitulah gumbiranya Pak Hamid. Tapi dia tak tahu masaalah yang akan dihadapinya nanti.

Apa masaalahnya?

Nak bayar sewa. Nak bayar api. Nak bayar air. Nak bayar petrol kereta. Upah penolongnya belum bayar lagi. Balang gas hendak diganti bila dal habis. Lagi . . . Lagi . . . . Lagi . . . Semuanya melibatkan kos. Pak Hamid yang kena bayar.

Bolehkah untung RM1,400.00 sebulan mengikut kiraan Pak Hamid tu menampong perbelanjaan yang belum diambil kiranya. Kalau boleh, Pak Hamid akan selamat. Kalau tidak dia akan mengalami kerugian.

Tapi rugi di awal perniagaan adalah biasa. Tabahkan hati dan terus berniaga. Lama kelamaan pelanggan akan ramai dan Pak Hamid akan dapat untung. Asalkan minuman Pak Hamid sedap dan layanan memuaskan.

Sekarang kita buatkan anggaran belanjawan perniagaan Pak Hamid untuk sebulan. Hasilnya di bawah ini:-


Macam mana Pak Hamid?

Kiraan untung hanya RM195.00 untuk bulan pertama.

Tapi jangan lemah semangat. Lebihkan usaha. Orang ramai belum tahu lagi adanya warong Pak Hamid. Bukankah Pak Hamid tukang masak yang popular. Nanti kita iklankan dalam internet http://alhudaakaun.blogspot.com/ supaya seluruh dunia boleh tahu.

Mereka datang minum atau tidak ke warong Pak Hamid itu hal lain. Asal kita iklankan warong Pak Hamid, itu adalah usaha kita.


Tamat untuk sementara. Akan datang kita lihat perkembangan warong Pak Hamid. InshaAllah Pak Hamid akan berjaya.


Bersambung . . . . . . .Merekod urusniaga Warong Pak Hamid.


0808071811


Di siri yang lalu kita dapati bahawa untung Pak Hamid hanya RM195.00 saja. Sekarang kita gunakan pakar perakaunan professional yang akan menentukan untung sabenar warong Pak Hamid mengikut prinsip perakaunan.

Mengikut pakar perakaunan kita untung Pak Hamid sabenarnya ialah RM267.20. Ini berdasarkan kepada kiraan di bawah. Sila klik rajah untuk mendapatkan rajah yang lebih besar. Dan cuba fahamkan penerangan pakar perakaunan kita.


























Kiraan pakar kita nampaknya mudah. Sabenarnya dahulu Pak Hamid lupa masukkan kiraan baki stok barangan atau bahan mentah yang masih tinggal dan belum digunakan. Sepatutnya kos stok yang belum digunakan tidak masuk sebagai sebahagian daripada kos. Ianya masih menjadi stok barangan dan mestilah dikira sebagai stok.

Juruakaun kita telah juga menunjukkan format atau bentuk laporan kewangan yang digunakan oleh akauntan professional. Kita pun hendaklah mengikut cara ini kerana ianya adalah cara yang standard dan mudah difahami terutamanya juruaudit dan pehak lain yang berminat pada persembahan akaun kita termasuk Jabatan Hasil Dalam Negeri(pengiraan cukai) dan bank (bila nak meminjam nanti). Kalau bentuk akaun kita standard maka pehak ketiga tak banyak soal kerana mereka mudah faham.
Orang kata laporan kita "boleh bercakap". Maksudnya, semua jawapan ada dalam laporan dan bila mahu tanya jawapan dah ada tersedia tanpa banyak mencarinya. Jadi tak banyak soalanlah!

Kita berjumpa lagi di siri akan datang. InshaAllah. . . .Rasanya tentang persembahan akaun dan kunci kira-kira.





Jumpa lagi . . . .Sambungan


Kita lihat penyata/kegiatan perakaunan warong Pak Hamid:-

Mula-mula modalnya RM7,000.00. Kemudian Pak Hamid beli banyak barang mentah. Kemudian bayar lain-lain kos saperti sewa warong, api, air dan sebagainya. Kita kaji keadaan PAk Hamid tatkala ini:-


Dari modal RM7,000.00 telah digunakan sebayak RM4,154.63 untuk membeli bahan dan harta tetap. Baki tunai ialah RM2,845.37

Semuanya dinyatakan dalam jadual ini.

Ini keadaan perniagaan Pak Hamid ketika mula nak berniaga.




Kita rekod jumlah harta dan tanggungan Pak Hamid pada ketika ini sebelum dia mula berniaga. Modalnya RM7,000.00 dan asset atau hartanya RM7,000.00 terdiri daripada bahan mentah, tissue paper, harta tetap dan wang tunai. Tussie paper boleh kita sekalikan dengan bahan mentah tapi buat masa ini kita asingkan.


Sekarang Pak Hamid nak mula berniaga untuk mendapat hasil jualan air minumannya. Pak Hamid ada seorang pembantu yang dibayar upah RM700.00 sebulan. Juga Pak Hamid mendapat hasil sewa harian dari Pak Halim (yang menjual nasi lemak dan kueh).

Berikut adalah kesan perniagaannya. Perhatikan . . . .


Penyata ini membentangkan bahawa jumlah jualan air minuman Pak Haid ialah RM2,600.00 unuk bulan itu. Beliau juga terima sewa dari Pak Halim sebanyak RM240.00. Jumlah hasil = RM2,840.00.

Kos sebenar untuk menyediakan air minuman (dinamakan kos bahan mentah) ialah RM1,392.50.

Untung kasar Pak Hamid ialah RM1,447.50.

Lain-lain kos untuk menghasilkan air minuman yang dijual olah Pak Hamid berjumlah RM1,180.00.

Selepas ditolak semua kos menghasilkan air minuman, untung bersih perniagaan Pak Hamid ialah RM267.50.

Contoh di atas sangat persimistik. Sebenarnya hasil jualan minuman sebulan mencapai lebih dari RM25,000.00.

Kos keseluruhannya mungkin RM13,000.00. Jadi jumlah untung ialah RM12,000.00.

Kalau berniaga sebegini tak untung takkan Hj Leman dan isterinya boleh pergi Mekah menunaikan haji. Juga pergi umrah bulan puasa sekeluarga. Hj Leman jual nasi lemak berhampiran warong Pak Hamid. Menjual dari jam 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari sahaja.

. . . . . . . . . .. . . . Sambung tajuk baru pula . . . . . . . . . . . . .

Tapi kiraan di atas masih belum lengkap.

Sebenarnya kita belum lagi mengambil kira semua kos untuk mengendalikan warong Pak Hamid.

Kos itu ialah kos menggunakan harta. Kos meja, kerusi, cawan, pinggan, gelas, sudu, dapor, periok, kole dan sebagainya. Peralatan (harta) ini digunakan untuk menjana pendapatan kepada warong kopi Pak Hamid. Maka kos menggunakannya kenalah diambil kira.

Tapi bagaimana mengiranya?

Mudah aje.

Kita anggapkan harta tersebut boleh digunakan untuk 3 tahun sahaja, lepas itu kita kena buang dan tukar kepada yang baru. Jumlah harga harta tersebut ialah RM3,971.00.

Jadi kita anggarkan kos sebulan menggunakan harta tersebut ialah RM3,971.00 bahagi dengan 36 bulan (3 tahun). Yaitu kos menggunakannya ialah RM110.00 sebulan.

Di dalam ilmu perakaunan kos ini dinamakan susut nilai, kos susut nilai harta tetap. Maksudnya nilai harta tersebut dianggarkan akan susut atau menurun sebab kita gunakan untuk mendatangkan pendapatan.

Jadi selepas mengambil kira kos susutnilai untung perniagaan warong kopi untuk sebulan ialah:-


















Ha! Turun pula untung Pak Hamid. Dari RM267.50 ke RM157.50.

Kiraan kita di atas memang lojik dan kita kena terima dan ikut. Untuk mengira untung kita mesti kira semua hasil pendapatan kita dan tolak semua kos untuk bagi mendapatkan pendapatan tersebut.

Itulah yang
kita buat di atas tadi. Untung = Pendapatan tolak kos untuk menghasilkan pendapatan tersebut. Setuju?

Prinsip ini digunakan oleh warong Pak Hamid. Prinsip yang sama juga digunakan oleh syarikat besar saperti :-









DAFTAR URUSNIAGA



Daftar ini dapat digunakan untuk melihat dan mencetak kunci kira-kira, akaun untung & rugi, baki tunai dan jumlah setiap akaun secara "live". Apa yang perlu ialah merekod semua urusniaga di dalamnya.

IKLAN percuma



Inilah kehebatan Excel. Tak perlu kita menjadi programmer yang hebat untuk mengendalikannya. Dengan pengetahuan asas Excel kita boleh "memprogramkan" dan "mengadaptasikannya."

Sesuai untuk semua jenis perniagaan.






Rekod perniagaan Pak Hamid boleh kita masukkan ke dalam satu daftar keluar masuk wang saperti di atas. Kita boleh gunakan buku daftar biasa atau lebih baik lagi kalau kita gunakan komputer sistem Excel atau Lotus 123 (sistem lama yang diganti oleh Excel).

Kita anggapkan daftar di atas adalah urusan niaga warong kopi Pak Hamid pada bulan Ogos 2008.

Excel mempunyai barisan dan kolum yang di tanda dengan nombor dan huruf. Ia sama dengan sistem grid yang digunakan pada peta. Ini bagi kemudahan mencari petak atau lokasi data kita (dalam peta untuk menentukan lokasi sesuatu objek tertentu). Contoh: pada petak B3 tercatat perkataan "Jumlah". Di petak A5 ialah haribulan, petak C6, E7, F6 dan F7 ialah angka 7,000.00.

Penerangan rengkas tentang jadual ini adalah berikut:-

Setiap urusniaga hendaklah dicatat dalam jadual ini.
Perkara yang perlu dicatat bagi setiap urusniaga itu ialah tarikh, perkara yang diurusniagakan, jumlah nilai urusniaga (dalam RM), wang masuk atau wang keluar (nyatakan pada petak C (wang masuk) dan D (wang keluar) dan jenis urusniaga (catatkan jumlah RMnya pada kolum F atau G atau H dan seterusnya bergantung pada jenis urusniaganya. F untuk modal, G untuk bahan mentah, I untuk jualan dan seterusnya).

Gunakan satu barisan untuk satu urusniaga. Kalau satu hari itu ada tiga urusniaga gunakan tiga barisan, satu barisan untuk satu urusniaga.

Jangan isi ruangan bewarna kuning. Sebab sel-sel warna kuning telah diset untuk kiraan oleh sistem. Biasanya petak ini telah dikunci dan tidak boleh diubah isi kandungannya.

Barisan 6 tercatat jenis akaun yang digunakan. Contoh: akaun jualan, akaun sewa, akaun letrik, akaun harta dsbnya. Apa-apa bayaran atau penerimaan wang yang melibatkan akaun ini hendaklah di catat di bawah kolumnya, berdasarkan pada tarikh urusniaganya. Contoh: Sel H9 digunakan untuk mencatatkan belian harta tetap pada 1 Ogos (RM3,971.00).

Setiap barisan pada jadual ini membawa ceritanya sendiri. Contohnya barisan 23 menyatakan pada 14 Ogos telah membeli bahan mentah sebanyak RM1,098.37 secara tunai. RM1,098.37 (dinyatakan oleh sel D37) telah dikeluarkan dan baki tunai pada hari itu ialah RM2,801.00 (dinyatakan pada sel E37). Belian itu dicatatkan dalam akaun bahan mentah, Sel G23.

Mengikut jadual ini tiada lagi belian bahan mentah dibuat pada bulan Ogos.

Kolun E mencatatkan baki tunai pada setiap hari. Kita lihat baki tunai pada 11 Ogos ialah RM2,855.37. Ini dinyatakan oleh sel E11.

Jika kita lihat dan teliti jadual ini banyak perkara yang kita boleh perolehi tentang urusan niaga Pak Hamid. Kajilah jadual ini buat beberapa ketika supaya anda boleh membuat/ mendapat pemahaman lebih mendalam dan bermakna. . . .
. . .
. . .

Jadual ini jika dikemasknikan setiap hari membolehkan kita mengetahui keadaan tunai perniagaan Pak Hamid, Nilai harta dan tanggungannya dan sama ada beliau untung atau mengalami kerugian. Ini adalah kerana Kunci Kira-kira dan akaun Untung & Rugi boleh diperolehi tanpa buat apa-apa kerja tambahan.
Ini adalah kerana sistem boleh mengeluarkannya secara hidup "live" dan boleh dicetak terus.


Marilah kita berbelanja di Warong Kopi Pak Hamid mulai sekarang supaya beliau boleh maju dalam perniagaannya.

Berjumpa nanti di sana.

Alamatnya RAHSIA. Kerana ini Warong Kopi maya.













... Salam dari











Sila beri maklumbalas jika terdapat perkara yang salah atau tak jelas. Artikel ini belum dieditkan dengan sempurna. Editor terbaik adalah pembaca yang berminat. Terbaik lagi adalah pembaca yang tiada asas perakaunan langsung kerana artikel ini adalah untuk mereka memahami akaun.

Mengikut pengalaman saya ramai yang takut pada akaun sebab ditakutkan. Pada hal akaun adalah logik, dan lojik yang sangat simple. Atau orang kata "common sense". drp. AMPS/ANHAL/HALMS

4 comments:

Azwan said...

Assalamualaikum,

Pak Hamid xde gaji ke?

KaKi SaPu said...

salam...
cume nak tanya...
mana datangnya jumlah susutnilai harta (pic 17)...?

Anonymous said...

Saya tidak dapat berterima kasih kepada perkhidmatan pembiayaan lemeridian yang cukup dan membiarkan orang tahu betapa saya bersyukur atas segala bantuan yang anda dan kakitangan pasukan anda telah menyediakan dan saya berharap untuk mengesyorkan rakan dan keluarga sekiranya mereka memerlukan nasihat atau bantuan kewangan @ 1,9% Kadar untuk Pinjaman Perniagaan .Via Hubungi:. lfdsloans@lemeridianfds.com / lfdsloans@outlook.com. WhatsApp ... + 19893943740. Teruskan kerja hebat.
Terima kasih, Busarakham.

Cahaya said...

Terima kasih penulis. Sangat membantu.

About Me

My photo
Segala peristiwa dan pengalaman harian akan dimayakan di sini untuk kenangan masa hadapan dan rujukannya, supaya diingatkan apabila lupa atau hilang ingatannya.