Warong Pak Hamid

Warong Pak Hamid

PENGELUAR TENAGA KEPAKARAN

PENGELUAR TENAGA  KEPAKARAN

Tuesday, August 12, 2008

MERANCANG DOKUMEN PERAKAUNAN


Dokumen adalah penting bagi setiap perniagaan. Berikut adalah beberapa dokumen yang perlu disediakan oleh syarikat.

1. INBOIS
Perkara penting dalam satu inbois ialah:


Contoh Inbois






















Inbois diisi oleh pehak yang membekal/menyediakan barangan atau perkhidmatan dan diserahkan kepada pelanggannya.

Apabila pelanggan menerima inbois ia perlu bertindak untuk membayar jumlah yang tercatat pada inbois. Bayaran biasanya dibuat secara t
unai kecuali kalau tertulis dalam inbois bayaran adalah secara kredit.

Salinan inbois disimpan oleh pembekal untuk sebagai dokumen perakaunannya dan untuk urusan pentadbiranannya.

Salinan asal inbois diserahkan kepada pelanggan untuknya membuat bayaran kepada barangan atau perkhidmatan yang diterimanya.

Kadangkala inbois t
idak diserahkan kepada pelanggan semasa hantaran barangan dibuat. Sebaliknya hantaran itu diiringi oleh satu dokumen hantaran yang dinamakan "Bil Hantaran" atau "nota hantaran".

Bentuk
Bil Hantaran atau nota hantaran adalah saperti berikut:


Digunakan sebagai bukti hantaran barangan/ perkhidmatan telah dibuat kepada pelanggan. Pehak pelanggan akan menandatangani dokumen satelah memastikan barangan/perkhidmatan yang dihantar atau diberikan itu adalah mengikut apa yang tertulis pada nota hantaran tersebut. Cop syarikat digunakan sebagai pengesahan tambahan. Salinan asal disimpan oleh pembekal dan salinan biasa oleh pelanggan.

Pembekal akan menggunakan dokumen nota hantaran ini sebagai dokumen asas ketika hendak mengeluarkan inbois.

Pelanggan menggunakan dokumen nota hantaran ini sebagai bukti yang barangan/perkhidmatan yang dipesan telah diterimanya sebelum ia boleh membuat bayaran kepada inbois (yang diterima kemudiannya).

Proses berikutnya ialah pelanggan akan membuat pembayaran
kepada pembekal. Apakah dokumen yang perlu ia gunakan?

Pelanggan kecil akan terus bayar mengikut inbois tanpa apa-apa dikumen.

Tetapi pelanggan besar lain halnya. Kena sediakan boucer bayaran dulu. Kemudian kena dapatkan kelulusan boss dan kena dapat tandatangan penandatangan cek. Bila cek siap baru boleh buat bayaran.

Untuk membuat bayaran kena isi baucer bayaran dulu:

Baucer bayaran yang kosong biasanya telah tercetak nama syarikat dan alamatnya.

Yang perlu diisi ialah nombor siri baucer (ada boucer yang te
lah tercatat bombor sirinya), tarikh baucer, nama pehak yang bayaran akan dibuat dan penerangan tentang latar belakang bayaran (i.i. bayaran untuk apa?).

Selanjutkan diisi jumlah bayaran, cara bayaran (tunai atau cek? Kalau cek catat nombor cek).

Baucer perlu ditandatangani oleh pehak yang menyediakannya, yang menyemakkannya dan yang meluluskannya.

Ada baucer bayaran yang perlu ditandatangani oleh pehak yang menerima bayaran. Jika begitu satu ruangan perlu disediakan pada baucer itu untuk tandatangan tersebut.

Pengesahan penerimaan tak perlu dibuat pada baucer bayaran jika pehak penerima ada mengeluarkan dokumen yang dinamakan resit penerimaan untuk tujuan ini.

Beberapa contoh resit disertakan di bawah ini:-


Resit adalah dokumen yang membuktikan bayaran telah diterima oleh pehak yang mengeluarkan resit. Resit ini diserahkan kepada pehak yang membuat bayaran sebagai bukti bayaran tersebut. Sila lihat berbagai contoh resit yang disertakan.













































Ada lagi tapi tajuk yang lain.




Amaran/Iklan:

Janganlah membuat bayaran tanpa mendapatkan resit.





No comments:

About Me

My photo
Segala peristiwa dan pengalaman harian akan dimayakan di sini untuk kenangan masa hadapan dan rujukannya, supaya diingatkan apabila lupa atau hilang ingatannya.