Warong Pak Hamid

Warong Pak Hamid

PENGELUAR TENAGA KEPAKARAN

PENGELUAR TENAGA  KEPAKARAN

Friday, August 22, 2008

SUSUT NILAI HARTA TETAP

Jenis Harta
Harta terbahagi kepada berapa jenis saperti :-
1. Harta semasa - harta yang tak disimpan lama dan digunakan untuk pengeluaran atau jualan. Contohnya stok barangan, stok bahan mentah barangan dalam proses yang belum siap lagi.

2. Harta tetap - harta yang tahan lama dan disimpan lama dan digunakan untuk pengeluaran atau jualan atau pentadbiran. Contohnya bangunan, kenderaan, peralatan pejabat, mesin.

3. Harta boleh alih - harta yang boleh dialih. Misalnya stok barangan, kenderaan, peralatan pejabat.

4. Harta tak boleh alih - harta yang tak boleh dialih atau dipindah dengan mudah saperti bangunan, tanah, kilang.

Dalam perakaunan 1) dan 2) biasa dibincang dan digunakan. No 3) dan 4) tidaklah begitu penting.

Harta yang digunakan sepenuhnya dalam membuat barangan dan menjadi sebahagian dari barangan tersebut di namakan bahan mentah. Misalnya kacang soya dan air menjadi bahan mentah kepada barangan siap, tempe.

Harta yang digunakan untuk membuat barangan siap tapi tidak menjadi sebahagian dari barangan siap itu dinamakan harta tetap. Misalnya besin atau periok yang digunakan untuk menyimpan kacang soya semasa membuat tempe tidak menjadi sebahagian daripada barangan siap, tempe tapi hanyamenjadi alat bagi membuat tempe.

Harta tetap akan susut nilainya apabila digunakan.

Susut Nilai.

Harta tetap yang digunakan untuk pengeluaran barangan biasanya perlu diganti kepada yang baru apabila ianya tidak ekonomik untuk digunakan lagi. Contoh: Mesin mungkin akan selalu rosak atau tidak dapat digunakan lagi selepas beberap tahun. Atau kecekapannya mula menurun dan menjadi tidak ekonomik lagi. Atau ianya menjadi usang kerana adanya mesin jenis baru yang lebih cekap.

Syarikat biasanya akan menyediakan satu dana bagi menggantikan harta tersebut bila tiba masanya. Dana ini dikumpul sedikit demi sedikit setiap bulan atau setiap tahun supaya bila tiba masanya untuk mengganti harta tersebut dananya sudah ada. Bagi memudahkan kiraan jumlah dana yang perlu dikumpul setiap bulan atau setiap tahun, harga belian harta tersebut dijadikan asas kiraannya..

Kiraan dana bulanan/tahunan ini dibuat secara berikut:-

1. Dapatkan harga belian harta tetap tersebut

2. Dapatkan jangka hayat harta tersebut

3. Bahagikan harga belian dengan jangka hayat

4. Nilai jawapan (3) ialah nilai dana yang perlu diadakan setiap bulan/tahun.

Contoh:-

Sebuah mesin dibeli dengan harga RM15,000.00 dan dijangka hayatnya ialah enam tahun. Nilai dana yang perlu disediakan setiap tahun untuk menggantikan mesin ini selepas 6 tahun ialah RM15,000 bahagi dengan 6 tahun = RM2,500 setahun atau RM15,000 bahagi 36 bulan yaitu RM208.34 sebulan.

Dengan lain perkataan kita anggarkan bahawa kita menggunakan RM2,500 setahun daripada kos mesin tersebut untuk menjana pengeluaran. Setahun RM2,500.00, jadi enam tahun = RM15,000.00. Lepas itu mesn itu "tiada nilai."

Atau sebulan kita gunakan sebanyak nilai RM208.34 untuk menghasilkan pengeluaran kita. Kiraan ini adalah anggaran yang telah diterima pakai umum bagi mengira susut nilai harta.

Nilai RM208.34 sebulan ini boleh kita anggapkan sebagai kos mesin yang kita gunakan untuk pengeluaran kita. Kos ini dikirakan sebagai sebahagian dari kos pengeluaran barangan yang menggunakan mesin tersebut.

Dalam perakaunan kos ini dinamakan Susut Nilai harta/mesin.

Rengkasan:

Susut Nilai mempunyai dua peranan yaitu:-

1. Penyediaan dana untuk mengganti harta tetap apabila ianya tidak boleh digunakan lagi. Dana ini ditolak dari untung yang diperolihi.

2. Membolehkan pengagihan kos menggunakan harta tetap tesebut kepada barangan atau perkhidmatan yang menggunakannya.

Kiraan susut nilai ialah dengan membahagikan harga harta dengan jangka hayatnya. Dengan lain perkataan, dianggapkan bahawa secara tiori harta tersebut akan tiada bernilai lagi bila sampai akhir hayatnya kerana kos beliannya telah diagihkan sepanjang hayatnya. Jika ianya boleh dijual maka nilai jualannya dikira sebagai untung jualan.


Harta tetap akan susut nilainya mengikut masa. Dalam contoh mesin yang dibeli dengan harga RM15,000.00 di atas dan yang jangka hayatnya 6 tahun nilai mesin ini akan susut sebanyak RM2,500.00 setahun. Jadi nilai mesin tersebut selepas satu tahun ialah RM15,000.00 tolak RM2,500.00 = RM12,500.00. Jumlah RM15,000.00 diistilahkan sebagai kos belian atau nilai/kos asal mesin tersebut, jumlah RM2,500.00 disebut sebagai jumlah susut nilai mesin dan jumlah RM12,500.00 dinamakan nilai buku mesin tersebut. Nilai buku = kos belian tolak susut nilai.

Kos Harta tetap (mesin) . . . . . . . RM15,000.00

Tolak: susut nilai . . . . . . . . . . . . . . RM 2.500.00

Nilai Bersih . . . . . . . . . . . . . . . .. . RM12,500.00

Tahun berikutnya mesin tersebut akan susut lagi nilainya sebanyak RM2,500.00 lagi menjadi nilai bersihnya RM10,000.00. Seterusnya setiap tahun nilai mesin akan susut sebanyak RM2,500.00 setahun. Pada akhir tahun enam nilai bersih mesin tersebut akan menjadi sifar [RM15,000.00 - (6 x RM2,500.00)]. Nilai bersih juga dinamakan nilai buku.

Dalam perakaunan susut nilai ini dikirakan sebagai kos operasi dan jumlahnya di tolak dari untung operasi.


No comments:

About Me

My photo
Segala peristiwa dan pengalaman harian akan dimayakan di sini untuk kenangan masa hadapan dan rujukannya, supaya diingatkan apabila lupa atau hilang ingatannya.