Warong Pak Hamid

Warong Pak Hamid

PENGELUAR TENAGA KEPAKARAN

PENGELUAR TENAGA  KEPAKARAN

Tuesday, August 12, 2008

AGIHAN KOS

Agihan Kos Pengeluaran

Berapakah kos untuk membuat satu gelas kopi?

Untuk menjawabnya kita mestilah tahu apakah bahan yang digunakan untuk membuat satu gelas kopi dan berapa banyakkah setiap jenis bahan tersebut digunakan.

Bahan membuat secawan kopi ialah serbok kopi, gula, susu dan air masak.

Sekarang kita kira berapa banyak bahan tersebut digunakan untuk membuat secawan kopi dan berapa jumlah kosnya.

Kos membuat satu gelas kopi boleh dikirakan saperti berikut:

Kalau kita jual segelas kopi dengan harga RM1.00 kita akan dapat untung RM1.00 tolak 60 sen. Untungnya ialah 40 sen bagi setiap gelas. Kalau kita jual 100 gelas kita akan untung RM40.00. Kalau kita jual satu gelas kopi dengan harga 85 sen untungnya ialah 25 sen.

Kiraan yang serupa boleh kita gunakan untuk mengira kos mengeluarkan satu gelas air minuman jenis lain saperti Milo, Nescafe, teh dan sebagainya.

Tapi biasanya kita tak buat kiraan seperinci sedemikian kerana ianya terlalu remeh dan tidak bermakna bagi perniagaan kecil. Tapi bagi syarikat besar saperti syarikat membuat cordial dan minuman rengan kiraan perinci saperti ini sangatlah penting.

Mengikut kiraan di atas kos satu gelas kopi ialah hanya 60 sen. Tapi kenapa hotel dan coffee house mengenakan harga tak kurang RM5.00 segelas dan mendapat untung lebih dari RM4.00 segelas?

Sebabnya ialah kiraan kita kurang tepat. Kos segelas kopi bukan sahaja mengandungi kos serbok kopi, gula, susu dan air masak. Kosnya hendaklah termasuk kos menggunakan gelas, meja dan kerusi, sewa bangunan, gaji pekerja, kos letrik, telefon dan sebagainya. Kos-kos ini ada berkaitan dengan pengeluaran segelas kopi kerana kalau ianya tidak dibelanjakan pengeluaran minuman kopi tidak mungkin boleh dibuat. Dalam perakaunan kos ini dinamakan kos tak langsung. Kos serbok kopi, gula, susu dan air masak dinamakan kos langsung.

Kos

Dalam contoh warong kopi Pak Hamid kita, terdapat banyak kos tak langsung semasa menyediakan minuman kopi dan lain-lain minuman yang di sediakan oleh Pak Hamid. Diantara kos tak langsung tersebut ialah kos membeli meja dan kerusi untuk pelanggan duduk, kos peralatan memasak untuk menyediakan minuman, kos upah pekerja warong, kos letrik, kos air dan kos peralatan saperti cawan, gelas dan pering. Barangan ini digunakan untuk bukan sahaja dalam menyediakan kopi tapi untuk semua keluaran warong. Barangan ini pula tahan lama dan boleh digunakan berulang-ulang buat beberapa tahun lamanya.

Katakan kita membeli 20 set kerusi meja dengan harga RM2,000.00. Kita gunakan set meja ini untuk warong kopi yang menyediakan berbagai minuman dan makanan. Macam manakah kita nak agihkan kos RM2,000.00 kepada setiap keluaran minuman kita? Tentu pening kepala.

Tapi para juru akaun bijak menyelesaikan masaalah ini. Senang je kata mereka.

Apa yang mereka buat ialah kirakan kos bulanan menggunakan kerusi meja tersebut dam masukkan kos tersebut dalam kos bulanan warong. Kiraannya saperti berikut:-

Kos belian kerusi meja = RM2,000.00

Kerusi meja tersebut boleh digunakan untuk berapa tahun? Katakan 3 tahun.

Jadi kiraannya ialah:

Kos menggunakan kerusi meja tersebut selama 3 tahun = RM2,000.00

Jadi kos menggunakannya untuk 1 tahun ialah RM666.67 sen

Kos menggunakannya untuk satu bulan =RM55.56 sen

ta dapati bahawa kos menggunakan kerusi meja tersebut ialah RM55.56 sebulan.

Jumlah kos menggunakan kerusi meja tersebut untuk 36 bulan ialah RM2,000.00 yaitu sama dengan kos belian kerusi meja tersebut.

Dalam perakaunan kos ini dinamakan susut nilai.

Dalam kiraan untung kos ini ditolah untuk mendapatkan untung bersih.

Kos tak langsung lain saperti bayaran sewa, susutnilai kenderaan dan sebagainya boleh dikira saperti contoh di atas. Mula-mula dapatkan jumlah kosnya, kemudian kirakan jangka hayat kegunaannya. Kos kegunaannya setiap bulan dapat dikira dengan membahagikan jumlah kos dengan jangka hayatnya (dalam kiraan bulan)

.

No comments:

About Me

My photo
Segala peristiwa dan pengalaman harian akan dimayakan di sini untuk kenangan masa hadapan dan rujukannya, supaya diingatkan apabila lupa atau hilang ingatannya.