MEREKOD URUSNIAGA
Perakaunan melibatkan pengiraan harta dan tanggungan. Harta adalah barangan saperti wang, barangan siap (kalau kita buat
Rekod perakaunan mencatatkan harta dan tanggungan kita. Tadi kita dah tahu apa itu harta dan apa itu tanggungan. Harta kita punya dan tanggungan adalah harta kepunyaan pehak lain yang kita pegang atau gunakan.
Sekarang kita focus kepada konsep syarikat atau perniagaan.
Tuan punya syarikat boleh juga berniaga dengan syarikatnya kerana syarikat adalah entiti hidup tersendiri. Tuan punya syarikat boleh juga menjadi kakitangan syarikatnya dan menerima gaji sapertimana kakitangan syarikat yang lain.
Perlu diingat bahawa hubungan antara tuan punyai syarikat dengan syarikat hanyalah bahawa tuan punya syarikat memberi modal perniagaan kepada syarikat.
Tafsiran tentang entity boleh didapati dari:
http://tutor2u.net/business/accounts/accounting_conventions_concepts.htm (Inggeris)
Entiti berasingan (separate entity)
Untuk tujuan perakaunan, sesebuah perniagaan dianggap sebagai satu entiti yang bebas dan terpisah daripada pemiliknya walaupun dari segi perundangan beberapa jenis pemilikan tidak dianggap asing daripada tuan punya. Penyata kewangan sepatutnya menyediakan maklumat tentang perniagaan bukan tentang hal ehwal pemilik perniagaan.
Jika sesuatu perniagaan dimiliki hanya oleh seorang individu (peniaga tunggal) atau sekumpulan individu (perkongsian), undang-undang tidak membezakan antara perniagaan dan pemiliknya. Tetapi jika bentuk perniagaan ialah syarikat, ia adalah entiti perundangan iaitu di segi undang-undang ia dianggap berasingan atau berbeza dan terpisah daripada pemegang saham yang memilikinya.
Bagi tujuan perakaunan, sesuatu perniagaan dianggap sebagai satu entiti yang bebas walau apa pun status perundangan.
Sebagai contoh, jika pemilik tunggal perniagaan menggunakan aset tunai perusahaan untuk membayar bil elektrik rumahnya, belanja tersebut tidak boleh direkodkan sebagai belanja elektrik perniagaan. Tunai yang digunakan perlu direkodkan kerana aset perniagaan telah berkurangan tetapi catatan beregu ialah dengan akaun yang menunjukkan pengurangan hak pemilik tersebut.
Konsep entiti berasingan hendaklah dipatuhi pada setiap masa supaya prestasi perniagaan yang diukur sememangnya berkaitan dengan perniagaan sahaja.
Kita dah tahu tentang harta, tanggungan dan entiti.
Kekarang kita pergi keperingkat berikutnya.
Hubungan operasi syarikat dengan harta dan tanggungannya.
Apa akan berlaku apabila syarikat membeli bahan mentah katakan kacang soya (RM200.00) untuk membuat
Hartanya (kacang soya) akan naik jumlahnya (dan juga nilainya bertambah sebanyak RM200.00) dan,
Hartanya (wang tunai) akan berkurangan sebanyak RM200.00.
Jika kacang soya tersebut dibeli cara hutang (atau kredit) dan dibayar hutangnya di bulan hadapan?
Hartanya (kacang soya) akan naik jumlahnya (dan juga nilainya bertambah) sebanyak RM200.00) dan,
Tanggungannya (hutangnya) juga naik RM200.00
Pada bulan depan bila hutangnya dibayar
Tanggungannya (hutang) akan kurang RM200.00 dan
Hartanya (wang tunai) akan kurang RM200.00.
Kita boleh catatkan kesan belian tunai dan kesan belian hutang saperti rajah di bawah. Bagi setiap transaksi akan terdapat kesan yang (+) dan yang (-). Belian tunai akan membuat harta bertambah dan harta berkurangan. Belian berhutang akan juga menyebabkan harta bertambah dan harta berkurangan. Tapi kesan harta berkurangan terlambat sedikit kerana ianya ditanggung oleh pehak lain buat sementara.
Rajah 01
Kenapa kita rekod urusniaga kita?
Tujuannya adalah untuk mengetahui jumlah asset kita dan juga jumlah tanggungan kita. Juga untuk mengetahui berapakah untung yang diperolehi. Kalau rak rekod manalah kita akan tahu?
Misalnya, jika kita memproses dan menjual
Kalaulah tak untung dan jumlah asset kita tak meningkat ini bermakna perusahaan kita itu tak perlu diteruskan.
Cara mengira untung adalah saperti berikut:-
Jumlahkan semua jualan tempe kita, kemudian tolak kos memproses tempe (kos bahan mentah + kos air + kos letrik + kos sewa + kos pengangkutan + kos pembungkusan + lain-lain kos yang ada sangkut paut dengan pengeluaran tempe). Hasilnya adalah untung kita.
Apa yang perlu dibuat ialah merekod dan menjumlahkan semua jenis kos dan semua jenis hasil pendapatan kita dengan lengkap. Contohnya, kita rekod dan kirakan hasil jualan
Contoh di atas merupakah satu contoh yang mudah kerana proses pengeluaran
atau
Formulanya ialah:-
Jumlah hasil tolak jumlah kos = untung
0808062020
No comments:
Post a Comment