Warong Pak Hamid

Warong Pak Hamid

PENGELUAR TENAGA KEPAKARAN

PENGELUAR TENAGA  KEPAKARAN

Sunday, July 20, 2008

AKAUN DEPOSIT BANK

Akaun Deposit

Bank biasanya menyediakan 3 jenis akaun deposit saperti berikut:

1. Akaun Simpanan – Akaun biasa bagi pelanggan menyimpan wang mereka.

Bagi jenis simpanan ini satu buku simpanan dan kad ATM akan diserahkan kepada pelanggan bagi mengendalikan akaun tersebut. Buku simpanan merekodkan aliran masuk-keluar wang yang dibuat pelanggan. Juga dicatatkan baki akaun tersebut. Kad ATM bertujuan memudahkan pelanggan membuat pengeluaran wang melalui Mesin Pengeluaran Wang (ATM).

Pegeluaran wang menggunakan kad ATM memerlukan kata laluan rahsia (password) yang hanya diketahui oleh tuan punya akaun. Kata laluan tersebut boleh ditukar oleh nya, jika perlu.

2. Akaun Semasa – untuk pelanggan yang hendak menggunakan cek, beliau boleh membuka akaun semasa. Cek dikeluarkan oleh pelanggan kepada sesiapa yang diingini dengan cara mencatat nama penerima cek (payee) dan jumlah wang yang hendak diberikan kepadanya. Cek menjadi laku jika ia ditandatangani dan bertarikh.

Cek tersebut boleh diserahkan di mana-mana bank untuk dikreditkan ke dalam akaun penerima (payee).

Cek tunai juga boleh dikeluarkan, di mana dengan menyerahkan cek tersebut di kaunter bank tunai boleh diperolihi.

Rekod yang mencatat aliran masuk-keluar wang dalam akaun semasa dinamakan penyata bank. Penyata bank dikeluarkan kepada pelanggan setiap bulan. Pelanggan sepatutnya menyemak penyata tersebut bagi memastikan kesahihannya transaksi akaun semasanya.

Jika perlu, Kad ATM boleh dikeluarkan oleh bank kepada pelanggan persaorangan (bukan pelanggan syarikat).

3. Akaun Deposit Tetap (atau Akaun Pelaburan bagi bank berasaskan Islam) – untuk pelanggan yang ingin menyimpan wang mereka bagi tempoh tertentu. Wang deposit tersebut hanya boleh dikeluarkan apabila tamat tempohnya.

Faedah (keuntungan bagi bank berasaskan Islam) akan dibayar apabila tamat tempoh. Pengeluaran wang deposit sebelum tamat tempoh boleh dibuat berdasarkan syarat yang dipersetujui.

Bagi akaun tetap (akaun pelaburan), sijil deposit (atau sijil pelaburan) di keluarkan kepada pelanggan. Sijil ini beleh digunakan semasa menuntut bayaran balik deposit apabila tamat tempoh.


AMPS 080721




No comments:

About Me

My photo
Segala peristiwa dan pengalaman harian akan dimayakan di sini untuk kenangan masa hadapan dan rujukannya, supaya diingatkan apabila lupa atau hilang ingatannya.