Warong Pak Hamid

Warong Pak Hamid

PENGELUAR TENAGA KEPAKARAN

PENGELUAR TENAGA  KEPAKARAN

Tuesday, August 12, 2008

AGIHAN KOS

Agihan Kos Pengeluaran

Berapakah kos untuk membuat satu gelas kopi?

Untuk menjawabnya kita mestilah tahu apakah bahan yang digunakan untuk membuat satu gelas kopi dan berapa banyakkah setiap jenis bahan tersebut digunakan.

Bahan membuat secawan kopi ialah serbok kopi, gula, susu dan air masak.

Sekarang kita kira berapa banyak bahan tersebut digunakan untuk membuat secawan kopi dan berapa jumlah kosnya.

Kos membuat satu gelas kopi boleh dikirakan saperti berikut:

Kalau kita jual segelas kopi dengan harga RM1.00 kita akan dapat untung RM1.00 tolak 60 sen. Untungnya ialah 40 sen bagi setiap gelas. Kalau kita jual 100 gelas kita akan untung RM40.00. Kalau kita jual satu gelas kopi dengan harga 85 sen untungnya ialah 25 sen.

Kiraan yang serupa boleh kita gunakan untuk mengira kos mengeluarkan satu gelas air minuman jenis lain saperti Milo, Nescafe, teh dan sebagainya.

Tapi biasanya kita tak buat kiraan seperinci sedemikian kerana ianya terlalu remeh dan tidak bermakna bagi perniagaan kecil. Tapi bagi syarikat besar saperti syarikat membuat cordial dan minuman rengan kiraan perinci saperti ini sangatlah penting.

Mengikut kiraan di atas kos satu gelas kopi ialah hanya 60 sen. Tapi kenapa hotel dan coffee house mengenakan harga tak kurang RM5.00 segelas dan mendapat untung lebih dari RM4.00 segelas?

Sebabnya ialah kiraan kita kurang tepat. Kos segelas kopi bukan sahaja mengandungi kos serbok kopi, gula, susu dan air masak. Kosnya hendaklah termasuk kos menggunakan gelas, meja dan kerusi, sewa bangunan, gaji pekerja, kos letrik, telefon dan sebagainya. Kos-kos ini ada berkaitan dengan pengeluaran segelas kopi kerana kalau ianya tidak dibelanjakan pengeluaran minuman kopi tidak mungkin boleh dibuat. Dalam perakaunan kos ini dinamakan kos tak langsung. Kos serbok kopi, gula, susu dan air masak dinamakan kos langsung.

Kos

Dalam contoh warong kopi Pak Hamid kita, terdapat banyak kos tak langsung semasa menyediakan minuman kopi dan lain-lain minuman yang di sediakan oleh Pak Hamid. Diantara kos tak langsung tersebut ialah kos membeli meja dan kerusi untuk pelanggan duduk, kos peralatan memasak untuk menyediakan minuman, kos upah pekerja warong, kos letrik, kos air dan kos peralatan saperti cawan, gelas dan pering. Barangan ini digunakan untuk bukan sahaja dalam menyediakan kopi tapi untuk semua keluaran warong. Barangan ini pula tahan lama dan boleh digunakan berulang-ulang buat beberapa tahun lamanya.

Katakan kita membeli 20 set kerusi meja dengan harga RM2,000.00. Kita gunakan set meja ini untuk warong kopi yang menyediakan berbagai minuman dan makanan. Macam manakah kita nak agihkan kos RM2,000.00 kepada setiap keluaran minuman kita? Tentu pening kepala.

Tapi para juru akaun bijak menyelesaikan masaalah ini. Senang je kata mereka.

Apa yang mereka buat ialah kirakan kos bulanan menggunakan kerusi meja tersebut dam masukkan kos tersebut dalam kos bulanan warong. Kiraannya saperti berikut:-

Kos belian kerusi meja = RM2,000.00

Kerusi meja tersebut boleh digunakan untuk berapa tahun? Katakan 3 tahun.

Jadi kiraannya ialah:

Kos menggunakan kerusi meja tersebut selama 3 tahun = RM2,000.00

Jadi kos menggunakannya untuk 1 tahun ialah RM666.67 sen

Kos menggunakannya untuk satu bulan =RM55.56 sen

ta dapati bahawa kos menggunakan kerusi meja tersebut ialah RM55.56 sebulan.

Jumlah kos menggunakan kerusi meja tersebut untuk 36 bulan ialah RM2,000.00 yaitu sama dengan kos belian kerusi meja tersebut.

Dalam perakaunan kos ini dinamakan susut nilai.

Dalam kiraan untung kos ini ditolah untuk mendapatkan untung bersih.

Kos tak langsung lain saperti bayaran sewa, susutnilai kenderaan dan sebagainya boleh dikira saperti contoh di atas. Mula-mula dapatkan jumlah kosnya, kemudian kirakan jangka hayat kegunaannya. Kos kegunaannya setiap bulan dapat dikira dengan membahagikan jumlah kos dengan jangka hayatnya (dalam kiraan bulan)

.

Wednesday, August 6, 2008

MEREKOD TRANSAKSI



MEREKOD URUSNIAGA

Perakaunan melibatkan pengiraan harta dan tanggungan. Harta adalah barangan saperti wang, barangan siap (kalau kita buat tempe maka tempe itulah barangan siap kita. Kalau buat kereta maka kereta yang dijual itulah barangan siap kita), bahan mentah atau barangan belum siap (saperti kacang soya dan air bagi pembuat tempe dan bahan-bahan komponen kereta bagi kilang membuat kereta), bangunan kedai, rumah dan sebagainya. Dalam ilmu perakaunan ianya menjadi harta kita kalau ianya kepunyaan dan hak milik kita. Kita boleh buat apa saja kepada harta tersebut dan orang lain tak ada hak ke atas harta tersebut.

Tanggungan adalah harta kepunyaan pehak lain yang ada pada kita. Misalnya; kita berhutang RM20,000.00. Wang RM20,000.00 kita boleh gunakan tapi ianya adalah hak milik pehak yang memberi hutang (sipiutang) dan kita kena bayar balik mengikut perjanjian pinjaman yang kita buat dengannya. Atau kita beli lori cara ansuran. Lori kita boleh gunakan tapi hak milik lori tersebut berada pada pehak yang memberi sewa beli dengan kita. Setiap bulan kita kena bayar kepadanya sejumlah wang bayaran balik yang telah kita janjikan. Kalau tak bayar mungkin lori tersebut kena tarik (istillah Inggerisnya, repossessed).

Rekod perakaunan mencatatkan harta dan tanggungan kita. Tadi kita dah tahu apa itu harta dan apa itu tanggungan. Harta kita punya dan tanggungan adalah harta kepunyaan pehak lain yang kita pegang atau gunakan.

Sekarang kita focus kepada konsep syarikat atau perniagaan.

Syarikat (atau perniagaan) adalah suatu entiti yang hidup. Ia hidup berasingan dengan tuan punya syarikat. Tuan punya syarikat tak ada apa-apa kaitan dengan syarikat selain dari pembekal modal syarikat. Kalau kita nak saman syarikat kita kena saman syarikat sahaja dan bukan tuan punyanya. Kalau kita berniaga dengan syarikat kita hanya berniaga dengan syarikat bukan dengan tuan punya syarikat. Tuan punya syarikat dan syarikat adalah entiti yang hidup berasingan. Kalau empunya syarikat mati syarikat akan terus hidup. Bagitu juga bila syarikat mati (bankrupt atau gulung tikar) empunyanya akan terus hidup. Keduanya boleh mati bersama tapi tapi kematiannya tidak saling berkait.

Tuan punya syarikat boleh juga berniaga dengan syarikatnya kerana syarikat adalah entiti hidup tersendiri. Tuan punya syarikat boleh juga menjadi kakitangan syarikatnya dan menerima gaji sapertimana kakitangan syarikat yang lain.

Perlu diingat bahawa hubungan antara tuan punyai syarikat dengan syarikat hanyalah bahawa tuan punya syarikat memberi modal perniagaan kepada syarikat.

Tafsiran tentang entity boleh didapati dari:

http://tutor2u.net/business/accounts/accounting_conventions_concepts.htm (Inggeris)


Entiti berasingan (separate entity)
Untuk tujuan perakaunan, sesebuah perniagaan dianggap sebagai satu entiti yang bebas dan terpisah daripada pemiliknya walaupun dari segi perundangan beberapa jenis pemilikan tidak dianggap asing daripada tuan punya. Penyata kewangan sepatutnya menyediakan maklumat tentang perniagaan bukan tentang hal ehwal pemilik perniagaan.

Jika sesuatu perniagaan dimiliki hanya oleh seorang individu (peniaga tunggal) atau sekumpulan individu (perkongsian), undang-undang tidak membezakan antara perniagaan dan pemiliknya. Tetapi jika bentuk perniagaan ialah syarikat, ia adalah entiti perundangan iaitu di segi undang-undang ia dianggap berasingan atau berbeza dan terpisah daripada pemegang saham yang memilikinya.

Bagi tujuan perakaunan, sesuatu perniagaan dianggap sebagai satu entiti yang bebas walau apa pun status perundangan.

Sebagai contoh, jika pemilik tunggal perniagaan menggunakan aset tunai perusahaan untuk membayar bil elektrik rumahnya, belanja tersebut tidak boleh direkodkan sebagai belanja elektrik perniagaan. Tunai yang digunakan perlu direkodkan kerana aset perniagaan telah berkurangan tetapi catatan beregu ialah dengan akaun yang menunjukkan pengurangan hak pemilik tersebut.

Konsep entiti berasingan hendaklah dipatuhi pada setiap masa supaya prestasi perniagaan yang diukur sememangnya berkaitan dengan perniagaan sahaja.


Kita dah tahu tentang harta, tanggungan dan entiti.

Kekarang kita pergi keperingkat berikutnya.


Hubungan operasi syarikat dengan harta dan tanggungannya.

Apa akan berlaku apabila syarikat membeli bahan mentah katakan kacang soya (RM200.00) untuk membuat tempe secara tunai?

Hartanya (kacang soya) akan naik jumlahnya (dan juga nilainya bertambah sebanyak RM200.00) dan,

Hartanya (wang tunai) akan berkurangan sebanyak RM200.00.


Jika kacang soya tersebut dibeli cara hutang (atau kredit) dan dibayar hutangnya di bulan hadapan?

Hartanya (kacang soya) akan naik jumlahnya (dan juga nilainya bertambah) sebanyak RM200.00) dan,

Tanggungannya (hutangnya) juga naik RM200.00

Pada bulan depan bila hutangnya dibayar

Tanggungannya (hutang) akan kurang RM200.00 dan

Hartanya (wang tunai) akan kurang RM200.00.


Kita boleh catatkan kesan belian tunai dan kesan belian hutang saperti rajah di bawah. Bagi setiap transaksi akan terdapat kesan yang (+) dan yang (-). Belian tunai akan membuat harta bertambah dan harta berkurangan. Belian berhutang akan juga menyebabkan harta bertambah dan harta berkurangan. Tapi kesan harta berkurangan terlambat sedikit kerana ianya ditanggung oleh pehak lain buat sementara.



Rajah 01






Kenapa kita rekod urusniaga kita?

Tujuannya adalah untuk mengetahui jumlah asset kita dan juga jumlah tanggungan kita. Juga untuk mengetahui berapakah untung yang diperolehi. Kalau rak rekod manalah kita akan tahu?

Misalnya, jika kita memproses dan menjual tempe kita nak tahu katakan selepas setahun berbuat demikian berapa untung yang kita dapat dan adakah nilai asset kita bertambah atau tidak. Jabatan Hasil Dalam Negeri pun nak tahu kerana mak kutip cukai. Banyak pehak ketiga yang lain nak tahu juga (contoh, bank masa kita nak buat pinjaman).

Kalaulah tak untung dan jumlah asset kita tak meningkat ini bermakna perusahaan kita itu tak perlu diteruskan.

Cara mengira untung adalah saperti berikut:-

Jumlahkan semua jualan tempe kita, kemudian tolak kos memproses tempe (kos bahan mentah + kos air + kos letrik + kos sewa + kos pengangkutan + kos pembungkusan + lain-lain kos yang ada sangkut paut dengan pengeluaran tempe). Hasilnya adalah untung kita.

Apa yang perlu dibuat ialah merekod dan menjumlahkan semua jenis kos dan semua jenis hasil pendapatan kita dengan lengkap. Contohnya, kita rekod dan kirakan hasil jualan tempe kita untuk katakan setahun. Kemudian kita kumpulkan kos belian kacang soya untuk tahun itu dan jumlahkannya. Begitu juga dengan lain-lain kos seperti kos letrik, kos air, kos sewa/penggunaan bangunan, dll direkod dan dijumlahkan untuk setahun itu. Kemudian kita buat kiraan:








Contoh di atas merupakah satu contoh yang mudah kerana proses pengeluaran tempe sangat simple. Walau bagaimana pun konsep yang sama digunakan dalam menghasilkan akaun syarikat gergasi saperti

atau




Formulanya ialah:-

Jumlah hasil tolak jumlah kos = untung


Bacaan tambahan http://cikgusila.blogspot.com/2008/01/aset-liabiliti-ekuiti-pemilik-hasil-dan.html





0808062020

Monday, August 4, 2008

SISTEM WANG PANJAR



WANG PANJAR

Cek banyak digunakan dalam sistem pembayaran dimana cek dikeluarkan bagi membayar perbelanjaan. Bagi sesebuah syarikat penggunaan cek dapat megawal keluaran dana syarikat kerana sistem ini memerlukan sekurang-kurangnya tiga individu untuk membolehkan wang dikeluarkan. Ia memerlukan seorang untuk menyediakan dokumen dan cek, seorang lagi menyemaknya dan sekurangnya seorang lagi untuk menandatangani cek.

Kelemahan sistem ini ialah ada kalanya proses pengeluaran cek mengambil masa. Ini adalah kerana ia melibatkan banyak pehak. Kelambatan biasanya berlaku apabila penanda tangan cek susah dihubungi.

Bagi mengatasi masaalah ini sistem bayaran menggunakan wang tunai diperkenalkan. Bagi sistem bayaran tunai ini, tanggung jawab meluluskan bayaran diserahkan kepada kakitangan peringkat lebih rendah.

Sistem bayaran wang tunai ini hanya digunakan untuk bayaran runcit yang kecil jumlahnya. Contohnya: membayar tambang teksi, membeli stem, membeli minuman rengan.

Sistem bayaran wang tunai runcit ini dinamakan sistem wang panjar . Sistem ini digunakan untuk:-

1. membuat bayaran runcit yang nilainya sedikit dan tak memerlukan kelulusan pegawai kanan.

2. membuat bayaran yang perlu dibuat segera.


Operasi Wang Panjar

Dana

Perlu diadakan satu dana untuk digunakan oleh sistem wang panjar. Jumlah dana bergantung kepada keperluan menggunakan wang tunai bagi membuat bayaran. Biasanya dananya berjumlah RM100.00 atau RM500.00 atau Rm1,000.00.

Had Layak Menuntut

Kemudian perlu ada syarat layak menerima bayaran melalui sistem wang panjar ini. Mungkin ditetapkan hanya bayaran yang tidak melebihi RM50.00 boleh dibuat melalui sistem wang panjar. Mana-mana bayaran yang melebihi RM50.00 hendaklah dibuat menggunakan cek. Atas budibicara syarikat untuk menentukan had layak ini.


Operasi Sistem

Jumlah permulaan dana wang panjar perlu ditentukan terlebih dahulu katakanlah, RM500.00.

Kemudian ditentukan nilai tuntutan maksima yang layak dibayar melalui sistem wang panjar ini. Contoh di atas ialah RM50.00. Tuntutan melebihi RM50.00 tidak dilayan.

Apabila bayaran dibuat, baki dana wang panjar akan susut. Bagi mengelak baki dana ini lupus maka tuntutan menambahkan dana perlu dibuat.

Cara mengira tuntutan adalah saperti berikut:-

Jumlah dana wang panjar ......... RM500.00

Jumlah bayaran telah dibuat ..... RM466.20

Baki dana wang panjar .............. RM 33.80


RM466.20 perlu ditambah kepada dana wang panjar supaya baki dana menjadi RM500.00 semula.

Tuntutan ini dibuat menggunakan baucer bayaran biasa yang disokong oleh senarai perbelanjaan wang panjar yang telah dibuat.

Tuntutan menambahkan dana wang panjar akan dibuat lagi apabila terdapat baki wang panjar di tangan berkurangan. Setengah syarikat mempunyai polisi paras tuntut semula (reorder level) di mana apabila baki wang panjar mencecah suatu paras yang ditetapkan tuntutan menambah dana wang panjar akan dibuat.

Daftar Buku Wang Panjar

Setiap bayaran yang menggunakan wang panjar hendaklah dicatat dalam satu daftar bayaran wang panjar yang dinamakan Buku atau Daftar Wang Panjar (Lihat rajah di bawah).





Klik untuk besarkan

Klik sekali lagi jika tak berjaya




Baucer Wang Panjar

Tuntutan wang panjar hendaklah dibuat menggunakan borang saperti di bawah. Borang ini dinamakan baucer wang panjar. Pehak yang menuntut hendaklah mengisi borang tersebut, mengemukakan dokumen sokongan (jika ada) dan menandatanganinya. Bayaran akan dibuat apabila tuntutan ini diluluskan.


Contoh A:




Klik untuk besarkan

Klik sekali lagi jika tak berjaya






Contoh B



Klik untuk besarkan

Klik sekali lagi jika tak berjaya






Carta Aliran Sistem Wang Panjar





Klik untuk besarkan

Klik sekali lagi jika tak berjaya








Bacaan Tambahan sila klik

http://www.pettycashcontroller.com/pcguide.htm
http://en.wikipedia.org/wiki/Imprest_system

AMPS

Sunday, August 3, 2008

DOKUMEN URUSNIAGA



Dokumen Urusniaga

Dokumen adalah penting dalam kehidupan kita. Cuba perhatikan berbagai dokumen yang kita temui saban hari, contohnya:-

Setiap bulan kita terima penyata dari Tenaga Nasional (TNB) Penyata ini mencatatkan jumlah yunit letrik yang kita guna dan jumlah ringgit Malaysia yang kita kena bayar pada TNB. Penyata/dokumen ini kita namakan bil. Penyata/dokumen/bil ini dikeluarkan oleh TNB selepas memeriksa meter letrik di rumah atau pejabat kita. Bil yang dikeluarkan ini dinamakan bil letrik.

Syabas juga mengeluarkan bil yang serupa. Bil ini mencatatkan kuantiti air yang kita gunakan. Bil ini dinamakan bil air. Telekom pula mengeluarkan bil telefon atau bil internet.

Serupa dengan IWK, Astro dsbnya. Mereka mengeluarkan bil yang mencatat kuantiti perkhidmatan yang kita gunakan dan jumlah wang yang kita perlu bayar menggunakannya.

Apabila kita bayar bil tersebut kita mahukan juga suatu dokumen bagi mengesahkan bayaran yang kita buat.

Bagi pehak TNB atau Syabas atau Telekom mereka tidak mengeluarkan apa-apa dokumen baru tapi akan mencetak bayaran tersebut pada bil yang kita serah semasa membuat bayaran.

Bil tersebut sekarang mempunyai dua fungsi i.i. sebagai bil dan juga sebagai resit (bukti bayaran telah dibuat/terima).

Ada juga pehak yang tidak mencetak bayaran yang kita buat di atas bil tersebut tapi mengeluarkan dokumen baru sebagai resit.

Kalau kita pembekal makanan, kita pula akan menyerahkan satu dokumen yang mencatat jenis dan jumlah makanan yang yang kita bekalkan. Kita juga catat pada dokumen tersebut jumlah bayaran yang pelanggan perlu bayar untuk makanan yang dihantar. Dokumen ini dinamakan inbois.

Apa bezanya bil, inbois dan resit?

Menurut istilah perakaunan bil atau inbois adalah dukumen yang sama. Bil atau inbois adalah satu dokumen perniagaan yang dikeluarkan oleh penjual/pembekal kepada pembeli/pelanggan yang mencatatkan jenis barangan atau perkhidmatan yang dibekalkan serta kuantiti dan harganya.

(An invoice or bill is a commercial document issued by a seller to the buyer, indicating the products, quantities, and agreed prices for products or services the seller has provided the buyer. An invoice indicates the buyer must pay the seller, according to the payment terms. From the point of view of a seller, an invoice is a sales invoice. From the point of view of a buyer, an invoice is a purchase invoice. http://en.wikipedia.org/wiki/Invoice).


Resit pula adalah suatu dokumen yang mengesahkan satu barangan atau jumlah wang telah diterima sebagai pertukaran barangan atau perkhidmatan.


(A receipt is a written acknowledgement that a specified article or sum of money has been received as an exchange for a good or service. The receipt acts as the title to the property obtained in the exchange. Rujuk: http://en.wikipedia.org/wiki/Receipt)


Contoh bil/Inbois





Klik untuk besarkan rajah
Klik sekali lagi kalau tak berjaya








Klik untuk besarkan rajah

Klik sekali lagi kalau tak berjaya




Inbois hendaklah sekurang-kurang mencatatkan:-

1. Tajuk dokumen/inbois

2. Nama pengeluar inbois (pembekal)

3. Nama penerima inbois (pelanggan)

4. Tarikh inbois

5. Jenis dan kuantiti barangan/perkhidmatan yang dibekalkan

6. Harga barangan/perkhidmatan yang dibekalkan

7. Jumlah RM yang perlu dibayar pelanggan

8. Pengesahan pembekal (Tandatangan dan copnya)






Klik untuk besarkan rajah

Klik sekali lagi kalau tak berjaya




Ada pembekal yang memuatkan berbagai perkara lain dalam inboisnya saperti alamatnya, nombor telefonnya, berbagai barangan dan perkhidmatan yang dibekalnya, senarai cawangannya dan sebagainya. Perkara tambahan ini merupakan kenyataan tambahan dan iklan perniagaan.


Contoh resit


Klik untuk besarkan rajah

Klik sekali lagi kalau tak berjaya




Resit simpanan ke akaun bank
(deposit bank)





Resit bayaran hutang




Resit hendaklah sekurang-kurang mencatatkan:-

1. Nama penerima bayaran

2. Nama pembayar

3. Tarikh bayarn

4. Tujuan bayaran

5. Jumlah bayaran

6. Pengesahan penerima (Tandatangan/Cop)



Klik untuk besarkan rajah
Klik sekali lagi kalau tak berjaya



Boucer

Untuk memperketatkan kawalan dalaman syarikat biasanya menggunakan satu dokumen kawalan yang dinamakan boucer. Baucer digunakan apabila sahaja syarikat mengeluarkan wang bagi tujuan pembayaran kepada pembekal dan sebagainya. Bayaran tidak akan dibuat tanpa baucer.

Syarat bagi pengeluaran wang menggunakan boucer adalah baucer tersebut hendaklah disemak dan diluluskan oleh kakitangan yang dipertanggung jawabkan.

Saperti contoh di bawah perkara yang perlu dicatat dalam baucer ialah bayaran dibuat kepada siapa, untuk apa dan berapa jumlah bayarannya? Tarikh baucer dan tandatangan orang yang menyediakan boucer, yang menyemak boucer dan yang meluluskan boucer perlu ada pada baucer tersebut sebelum bayaran dibuat. Pehak yang meluluskan bayaran hendaklah mempastikan bayaran adalah sah dan disokong oleh dokumen saperti bil atau inbois.



Klik untuk besarkan rajah

Klik sekali lagi kalau tak berjaya



Baucer ini dinamakan baucer bayaran.

Kalau bayaran mengunakan cek baucer ini dinamakan baucer (bayaran) cek. Nombor cek perlu di tulis pada baucer tersebut.

Kalau tunai dibayar menggunakan baucer ini baucer dinamakan baucer (bayaran) tunai.

Terdapat satu lagi baucer yang dinamakan baucer panjar (atau petty cash voucer). Baucer ini digunakan apabila hendak membuat bayaran menggunakan dana wang panjar.

Sistem wang panjar diadakan bagi memudahkan kelulusan bayaran yang kecil nilainya dan yang kerap dibuat. Dalam sistem ini seorang kakitangan rendah diberikan kuasa untuk meluluskan bayaran tersebut.

Sistem membuat bayaran wang panjar adalah sama dengan siystem baucer bayaran biasa. Yang beza adalah bayaran hendaklah kecil jumlahnya dan diluluskan oleh kakitangan rendah. Disamping itu wang bayaran diambil dari satu dana yang telah disediakan untuk bayaran panjar. Apabila dana ini berkurangan ianya akan ditambah.

Sistem wang panjar ini akan dijelaskan dalam tajuk berasingan dinamakan Sistem Wang Panjar.


Rengkasan:

1. Bil

2. Inbois

3. Resit

4. Baucer bayaran












Wednesday, July 23, 2008

Pelarasan Bank



Lain Artikel:

http://alhudaakaun.blogspot.com


Pelarasan Bank

Apakah yang anda lakukan tatkala kali pertama anda menerima slip gaji anda?

Apakah yang anda lakukan apabila menerima penyata KWSP anda?

Bagi kedua-dua soalan di atas sudah tentulah anda akan meneliti penyata tersebut dan memastikan isi kandungannya adalah sahih dan tiada berlaku kesilapan.

Apa pula yang anda buat apabila menerima penyata bank anda?

Tentulah perkara yang sama i.i. memastikan kesahihan penyata tersebut.

Adakah mungkin bank merekodkan transaksi yang kita tak buat?

Misalnya, kita tak keluarkanr tunai RM100.00 tapi tercatat pada penyata bank ini terjadi.

Pernah ini terjadi pada seorang Pengurus syarikat. Tapi bila diselidik oleh bank, pengeluaran memang dibuat dan direngkaskan cerita pengeluaran itu dibuat oleh Setiausaha pengurus tersebut tanpa pengetahuan bossnya.

Ini terjadi kerana Setiausaha tersebut menyimpan kad ATM bossnya dan memperolehi PIN atau nombor rahsianya kad ATM tersebut dari bakul sampah bossnya.

Salah satu sebab penyata bank perlu disemak kesahihannya adalah bagi mengelak penipuan oleh pehak ketiga saperti contoh di atas.

Tapi sebab yang lebih penting ialah untuk kawalan dan perancangan kewangan, khasnya bagi syarikat atau peniaga. Semakan ini dapat mencekapkan kegunaan dana dan menambah untung operasi. Data dari penyata bank membolehkan analisa dan merancang kegunaan dana yang lebih cekap.

Contoh: Kalau baki akaun bank terlalu tinggi syarikat akan rugi kerana dana/wang yang tersimpan dalam bank tak mendatangkan hasil. Lebih baik dana/wang tersebut dikeluarkan dan diniagakan. Lebih rugi lagi jika syarikat tersebut menggunakan pinjaman bank dimana terpaksa bayar kos pinjaman/faedah/riba dan lain-lain perbelanjaan saperti kos guaman dll. Ini tak termasuk kos sampingan saperti sogokan dan duit kopi.

Banyak syarikat meninggalkan baki akuan bank yang minimal supaya kos operasi dapat dikurangkan dan dengan itu meningkatkan untung.

Tapi jangan sampai mengeluarkan cek tendang disebabkan baki akaun bank yang tak cukup. Pandai-pandailah mengawalnya.

Menurut peraturan Bank Negara, sesiapa yang mengeluarkan banyak cek tending, akaun banknya akan disenarai hitamkan dan empunya akaun bank tersebut tidak boleh membuka akaun bank di lain-lain bank.


Proses Pelarasan

Saperti dinyatakan tadi, tujuan semakan terhadap penyata bank ialah untuk memastikan kesahihan penyata tersebut. Dengan lain perkataan kita nak pastikan perkara yang tercatat dalam penyata tersebut adalah betul.

Bagi tujuan ini, penyata bank (rekod bank) dibanding dengan rekod kita Dalam konsep perakaunan rekod “buku tunai” atau “buku bank” adalah rekod kita. Buku ini mencatatkan semua kegiatan keluar-masuk wang yang melibatkan akaun bank tersebut.

Sepatutnya semua yang kita rekod dalam Buku Bank (rekod kita) mestilah sama dengan apa yang direkod oleh bank (penyata bank). Rekod kita = rekod bank. Tapi ini tak semestinya berlaku kerana ada kalanya yang kita rekod tidak/belum direkod oleh bank dan apa yang bank rekod tidak/belum kita rekodkan dalam buku kita. Atau kadangkala tidak direkodkan langsung jika terdapat masaalah komunnikasi.

Contoh:

Kita keluarkan cek RM1000 pada 29 haribulan. Kita rekod dalam buku kita RM1000 telah dikeluarkan. Cek tersebut kita berikan kepada contohnya, Madrasatul Huda pada 30 haribulan. Madrasatul Huda deposit cek tersebut pada 5 haribulan bulan berikutnya.

Adakah bank akan merekod bayaran cek tersebut pada bulan itu atau bulan hadapan?

Sudah tentu kita rekod pada bulan itu tetapi bank rekod pada bulan hadapan. Jadi penyata bank bulan itu tak termasuk bayaran RM1000 tersebut. Tapi buku kita dah termasuk. Jadi baki buku kita tak sama dengan baki dalam penyata bank.

Apa kata kalau Madrasatul Huda deposit cek tersebut selepas 3 bulan? Atau selepas 9 bulan?

Sudah tentu rekod bank akan hanya merekod keluaran RM1000 selepas 3 bulan. Atau tidak direkodkan langsung kerana cek tersebut luput lepas 6 bulan (peraturan bank) dan menjadi tak laku.

Kesannya: Baki akaun bank dalam rekod kita kurang dari baki dalam penyata bank (rekod bank).

Itu baru nilai RM1000. Kalau ada 20 cek yang belum didepositkan oleh penerimanya berapakah jumlahnya?

Menurut rekod kita jumlah ini kita susah keluar dari akaun bank (dah digunakan) tapi bank masih anggap jumlah itu “masih belum digunakan”.

Bagi pehak yang bijaksana jumlah dana/wang yang “dah guna”-”belum guna” ini boleh digunakannya bagi tujuan operasi lantas dapat menjimatkan kos operasi (dan menambahkan untung).


Banyak lagi perkara yang menyebabkan rekod bank tak sama dengan rekod kita. Contoh di atas satu saja. Yang lainnya mungkin disebabkan oleh:-

1. Cas perkhidmatan, faedah yang dikenakan oleh bank, cas memproses cek tunai (RM2.00), standing instruction, bayaran cek tending. Cas dan bayaran perkhidmatan ini dicatat oleh bank dalam penyata bank tapi mungkin tidak dicatat dalam rekod kita.

2. Cek keluaran kita yang belum dideposit ke dalam bank atau dideposit lambat oleh penerima cek tersebut. Kita dah rekod dalam buku kita tapi bank belum terima dan belum debit akaun kita.

3. Cek kita terima tapi belum dihantar ke bank. Buku kita dah rekod tapi bank belum rekodkan lagi.

4. Cek kita terima dan hantar ke bank tapi belum dikredit ke dalam akaun kita oleh bank. Buku kita dah rekod tapi bank belum rekodkan lagi.

Perbezaan rekod kita dan rekod bank perlu dikenal pasti puncanya. Proses ini menyelaraskan rekod kita dengan rekod bank atau istilah digunakan ialah Pelarasan Bank.

Hasil pelarasan ini kita boleh mengemaskinikan rekod kita supaya selari dengan rekod bank.

Pelarasan Bank juga dapat mencegah penipuan yang melibatkan dana syarikat.



Rengkasan:

Rekod Penyata Bank tak mestinya sama dengan dengan rekod kita.

Tak sama ini disebabkan kerana ada transaksi yang dicatat oleh bank tapi kita belum catat. Dan ada transaksi yang kita catat dalam buku kita tetapi bank belum catat dalam rekodnya.

Peranan pelarasan bank ialah mengenal pasti apa yang kita catat tapi bank tak catat dan apa yang bank catat tapi kita tak catat.

Hasinya: 1). Rekod buku kita dapat diselaraskan dengan penyata bank.

2). Penipuan jika berlaku dapat dikesan dengan cepat.























Pelarasan bank hendaklah dibuat sebaik sahaja penyata bank diterima.

AMPS 080823

About Me

My photo
Segala peristiwa dan pengalaman harian akan dimayakan di sini untuk kenangan masa hadapan dan rujukannya, supaya diingatkan apabila lupa atau hilang ingatannya.